Wazzaapppppp
Hai. Lama tak jumpa. Sihat?
Memang sepotong ayat mintak kaki kalau nak berdialog macam ni dengan blog sendiri. Tapi takpe lah aku berdialog future anak aku and sekali gus, monolog lah sikit dengan diri sendiri. Ingat-mengingat ye tak?
Macam biasa lah kan bila dah lama menyepi dari arena mengomel ni ada dua jek sebabnya;
- malas
- kerja belambak
okay, berbalik pada cerita tentang AKU. memang these past few weeks aku rasa annoyed tak tentu pasal dengan students, kertas, PC kat ofis, orang pakai baju mengerlip, macam-macam lah!
Bila ada yang tak kena tu, memang siap lah kena sembur dengan aku. tak pasal-pasal keluar segala bahasa-bahasa indah serupa KL Gangster, Adnan Sempit, Bohsia; Jangan Pilih Jalan Hitam dan seantero dengannya. Ini adalah suatu kebiasaan lagi-lagi bagi pensyarah (amboi. cikgu pon boleh) yang bekerja di institusi pengajian tinggi swasta macam kami.
Ya lah. Mana tak tekanan perasaan? Apa yang kau ajar, berhempas pulas macam mana sekali pun, rata-rata students yang ________________ (sila isi dengan adjective yang sesuai) still akan jawab serupa sampah. Yang bagus tu, memang syukur nikmat lah. Kalau yang esei disuruh tulis tak kurang dari 600 patah perkataan dia bagi kau 6 line? Tak ke mintak buku lali kaki hinggap kat muka namanya tu?
Tapi aku tau, thunderstorm ni sekejap jek. Aku harapkan yang percutian impulsive aku ke Kuching Julai nanti akan mendatangkan rasa motivated dan determination yang tinggi untuk terus berjuang kat opis ni!
Untuk makluman semua, 8-10 july ni ada rainforest fest kan? JOM lah! aku nak pegi dan decision yang dibuat tempoh hari sangat lah impulsive dan impromptu! Semoga perancangan membuahkan hasil dan bulan depan tak pokai mana. AMIN!
So, until next time, jumpa kat Rainfest keyh! Hugs.
Comments
Post a Comment
Leave your thoughts here: