perihal raya-raya hari ini

Setelah lama tak berjumpa rakan-rakan seantero TESL, hari ini, kami pergi beraya ke rumah Afiq Hafiz atau lebih dikenali sebagai; Apik.

Permulaan hari yang indah tatkala dihidang pasta sos tomato yang enak lagi lazat, dimasak khusus oleh bonda Apik. Dengan suasana rumahnya yang mewah di Kondo Sterling (kalau tak silap aku) tampak molek lagi selesa bagi kami yang berbadan sasa dan senang berpeluh ini untuk makan dan borak-borak, reminiscing memori indah di universiti.

Kerancakan perbualan kami tidak terhenti disitu. Kami berjaya meracuni Apik untuk follow ke rumah Nur Liyana atau Yaren di Damansara. Niat hati nak berkunjung smpai ke Klang tapi terbantut akibat terdapat rancangan lain yang lebih penting dari beraya ke sana.

Setelah perot-perot manusia ini kenyang dengan sate-sate ayam serta ayam drumet yang digoreng khas oleh bonda si Yaren, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Aku, Apik dan Arif menumpang kereta baru milik si Izat, menjalani laluan sama pemergian kami tadi. Namun, hari yang indah itu bertukar menjadi malang apabila.....

Ya...sebuah kereta buatan Asia yang tampak canggih lagi mahal telah menabrak kereta kesayangan Izat. Memang cibai. Aduh. Aku kasihan melihat Izat dow. Sumpah aku rasa tak sedap badan, tangan dan kaki seperti ringan nak menyepak terajang orang yang melanggar. Tapi, aku fikir, aku berbaju kurung, berkasut getah buaya dan aku tau aku tak mampu berbuat demikian. Oleh itu, aku diamkan sahaja.

Nak cerita panjang pon tak guna. Tengok je lah ilustrasi yang dipertontonkan.


riang ria pada mulanya


masih beriang ria


ok..dah tak berapa nak riang.

p.s. to my dear friend izat, chill ehh bro..sabar weh. things will get better. mesti ade hikmah beb.

Comments

  1. thx a lot adeb.

    thx to arif n afiq too.

    ;D

    ReplyDelete
  2. Haha
    asam garam kehidupan, ada suka ada duka~

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts