Fadel

Adel namanya. Anak kecil yang istimewa. Seorang yang pendiam, tidak banyak bergaul, bijak bertutur, berimajinasi tinggi dan yang paling utama, disayangi semua.

Walaupun dia Autism, dia istimewa dari anak kecil yang lain. Kepetahan dia berkata-kata, jauh lagi bagus dari anak-anak normal yang lain.

Wajahnya manis. Kacak. Senyumannya memikat hati. Hanya beberapa orang yang boleh berkawan dengannya. Ibunya, ayahnya, adiknya, pembantunya, adik bongsuku, dan mungkin Tati. Orang lain, jangan harap mahu dilayan. Bukan kerana dia sombong. Bukan kerana yang lain tidak setanding dengannya. Tetapi dia perlu waktu untuk menyesuaikan diri. Dia sering takut.

Mungkin dia takut diperapa-apakan atau takut ditinggalkan? Tiada siapa yang tahu. Adel sedang giat menjalani rawatan intensif dengan ibunya. Aku tahu, suatu hari nanti, dia pasti akan seperti anak-anak kecil yang lain. Dia cuma perlukan waktu. Beri dia waktu. Jangan kata, "Adel ni sombong la. Tak suka orang." atau "Adel ni tau cakap omputih jek..taknak dia berckp dengan kita"...

Dia faham apa yang kita maksudkan. Dia mengerti yang orang tidak sukakan dia. Tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia masih kecil dan sakit. Tiada yang mengerti. Cuba lah fahami dia. Kasihani anak kecil ini. Beri dia waktu. Beri dia peluang.

Insyaallah..suatu hari nanti Adel. Along akan ceritakan yang sebenarnya, semua orang sayang Adel. Have faith. Insyaallah.

Comments

Popular Posts