aku lah yang bodoh

Setiap satu dugaan yang Tuhan tu bagi, Dia nak kita belajar. Dia nak kita tahu yang bukan semua manusia di dunia ni baik. Manusia dijadikan bermacam-macam. Kalau yang benar hatinya murni, insyaAllah, harmoni lah kehidupannya. tapi, kalau dah memang dari azali memang palat, palat lah setiap manusia yang mendampingi dia.

aku pulak manusia yang tak pernah belajar dari kesilapan. aku cuma mahu kebahagiaan, keindahan, cinta cerita dongeng, tapi aku tak pernah nak buka mata yang Tuhan kurniakan ni luas-luas. Orang lain dah lama tahu. Bagi tahu aku tapi aku degil. Tak pernah nak dengar.

Sekarang, baru lah puas hati kan? Baru lah puas hati kau sekarang. Ye. Kau menang. Aku bagi kemenangan ni pada kau. Tapi, dalam kemenangan itu, ketahuilah sesuatu, kau hilang aku.

Aku yang sentiasa menyokong kau. Aku yang sentiasa menidakkan orang-orang yang menidakkan kau. Aku yang sentiasa memberi kau erti kehidupan.

Kau ada segalanya. Tapi kau tak nampak. Di mata kau, kau hanya lihat yang tiada. Tapi yang ada, yang pada mata kasarnya, kau buta. Sekarang kau menang sebab kau tambah koleksi wanita dalam pegangan kau. Kau menang sebab, kau dah boleh delete terus kehidupan yang kau ada di sini dulu.

Tapi, beringat lah Tajuzzaman Kamaruzzaman, itu semua sementara. Kau hilang aku dan setiap memori yang kau ada, akan selamanya berada bersama kau.

Aku akan minta pada Tuhan jangan bagi kau lupa semua itu.

Sekarang, aku tak ingin terima kasih atau apa-apa pun untuk semua ini. Sebab, sekarang aku boleh cakap, aku menyesal aku kenal kau.

Comments

  1. sorry if i don't have enough eloquence to express what i feel about what i just read, 2 words :

    Shit Happens

    yes, i stole that from 'Forest Gump' =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts