Anda malas? Sila baca ini.

Sejauh mana tahap kemalasan anda? Kalau ada kayu pengukur yang boleh ukur tahap kemalasan sampai mana tahap daya kemalasan anda boleh dilihat? Adakah sekadar dalam kiraan 1-10 atau lebih dari itu?


Setiap manusia dilahirkan dengan kadar kemalasan yang seimbang dengan kadar kerajinan terhadap membuat setiap pekerjaan di atas muka bumi ini. Tetapi, selalunya manusia lebih cenderung ke arah mengamalkan pekerjaan atau usaha yang paling minimal hingga menyebabkan kadar kemalasan meningkat dari skala 0.5-1.0 kepada 7-12 lebih tinggi dari kadar kemalasan yang normal.


Kenapa pagi-pagi macam ni aku dah mula bercerita tentang kadar kemalasan?


Sebab aku sedih melihat anak-anak Malaysia yang kebanyakkannya malas. Aku juga malas tapi secara jujur dan ikhlasnya tahap kemalasan aku masih boleh dikawal pada tahap umur aku yang baru nak mencecah "belasan" tahun ni.

Aku cuba untuk tidak malas. Aku cuba untuk bergiat aktif. Aku jauhkan pemikiran negatif mahupun yang pasif sebab aku sedih melihat sebilangan manusia yang kadar kemalasan mereka meningkat hari demi hari dan aku sebenarnya takut dengan fakta di mana aku bakal terikut-ikut mereka yang pemalas ini suatu hari nanti.

Kalau terus kekal malas wahai manusia di Malaysia, nanti kita semua jadi rakyat yang gemuk, lembab dan yang pasti paling ketinggalan!

Dalam erti kata lain, entri aku pada hari ini, JANGAN MALAS LA WEH!

I just hate lazy people because you are damn pathetic!

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. hahah... terus bersemangat aku baca post ko nih. tak sia-sia aku blog-hop tengahari time malas. dapat gak motivasi diri selama 2 minit. go go!

    ReplyDelete
  2. ohh bagus la ade jugak yg ter-inspire ke atas entri random aku.

    ReplyDelete
  3. uhuk uhuk.kenapa tah rasa tak sedap badan.haha!

    ReplyDelete
  4. terasa...malas...lah.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts