AMARAN: orang-orang yg hati batu, sinis, menggelabah, dan tak percaya cinta, JANGAN BACA!

aku rasa kelam.
aku rasa jauh.
aku rasa rindu.
aku rasa sesat.
aku rasa risau.

aku tahu aku jauh dari Mu, Tuhan.
aku mahu kembali wahai Tuhan.
kerana aku melupakan Mu, aku redha Kau lupakan hamba yang hina ini.

bantu lah aku Tuhan.
bantu lah aku kembalikan cinta ku kepada Mu.
bantu lah aku kembalikan cinta hatiku juga.

dugaan ini sangat menyakitkan.
setiap malam aku tangiskan ia. setiap malam aku rindukan dia.

aku tahu aku bukan manusia sempurna. tapi, beri lah aku peluang sekali lagi.
aku tahu dalam hatimu juga masih ada cinta, masih ada aku.
berilah aku kekuatan Tuhan.

sayang, selama ini, kau lah kekuatanku.
tanpa kau disisi, ibarat aku hilang arah.
aku tahu wahai kalian, tidak sepatutnya aku berkata begini.
aku tahu aku punya kamu semua, aku punya ibu dan ayah, tapi, aku perlukan dia juga.

aku terlalu mencintai.
itu lah kelemahanku.
aku terlalu mempercayai.
itu lah kesilapanku.

aku pinta Tuhan, janganlah Kau jauhkan dia dari aku.
aku cinta dia. aku mahu dia. hanya dia.
aku relakan segalanya tetapi bukan dia.
aku tahu, aku tidak sempurna.
aku tahu, aku pentingkan diri ku sendiri.
tapi sayang, tolong lah, aku hanya mahu kamu.

hanya kamu.

Comments

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts