Rezeki? Nasib? Hasad Dengki?

Punya lah lama dah tak update blog sejak dah kahwin ni. Blog ni nasib dia sama lah dengan henpong, fesbuk dan lain-lainnya. Dulu sebelum kahwin, sibuk dok update, sebab takde tempat nak mengadu (really?), nak borak-borak, sekarang dah berlaki, setiap masa, asal celik mata jek, nampak lah batang idung laki kita kat sebelah ye dok? Nak-nak pulak dapat bini mulut ramai cam aku ni. Asal ada jek topik, nak berburak, ada jek isu, nak berdebat. Tapi of course lah, borak dan debat yg end up dgn perasaan kasih sayang yang membuak-buak antara satu sama lain.

Tapi the main reason aku update blog ni bukan lah sebab nak menceritakan tentang perihal rumah tangga aku sebabnya, mak abah, atok wan, makcik, kawan sekerja semua nasihat, hal dalam kain kita toksah cerita kat orang lain (atau blog) so, today jom kita borak pasal 'rezeki', 'nasib', dan 'hasad dengki'.

1. Rezeki memang ada di mana-mana. Asalkan kau rajin, doa, tawakkal, ada lah dia. Usaha kalau takde, tak guna jugak kau nak mengeluh kau takde rezeki. As simple as bila ada di antara kita yang tiba-tiba dapat naik gaji rm500 annually. memang lah banyak gila mugkin sebab tahap kerajinan dia yang susah nak dibandingkan dengan kau (dalam cerita ni aku lah) yang datang kerja lambat, buat kerja cincai, mengajar ikut mood, bila ada opportunity nak tunjuk kerajinan kat bos, kau melantak rebel. So, kat situ jek kau boleh agak sebenarnya rezeki kat tempat kerja mungkin dan terkurang. Rezeki tempat lain? InsyaAllah kau boleh dapat tapi dengan syarat yang sama macam kat ofis, kau kena lah RAJIN! Kata lah kalau kau buat part time work (atau bercita-cita nak buat part time), kau kena sedar yang orang-orang yg bekerja part time ni tahap rajin dia tak sama dgn orang keje full time. Orang keje full time yakin, keje malas cmne pun, for sure, akhir bulan dapat gaji. Tapi kalau dah part time, memang lah akhir bulan kau dapat gaji. Tapi gaji kau pun ikot lah brape banyak part time work yang kau dah buat. As simple as that lah weh. Rezeki tang ada isi dalam perut, itu toksah komen byk-byk lah. itu kerja Tuhan. kalau kau cuba sekarang tak dapat lagi, mesti ada hikmah. jangan lah kau rasa tekanan memanjang. tak guna jugak kau depress pasal rezeki yang itu. doa jek kat Allah, He'll do the rest. InsyaAllah.

2. Nasib badan..... orang selalu cakap. ada sesetengah orang kat dunia ni, selalu di-consider as lucky. tak ada banyak effort pun tapi tiba-tiba dia dapat durian runtuh. kalau aku, aku kira itu rezeki dia. tapi at the same time, kira nasib dia memang baik lah. kalau dalam bab kesihatan, kemalangan dan sebagainya orang yg bersabar, tak mengejar duniawi, aku selalu observe yang diorang ni mesti nasib sentiasa menyebelahi mereka. tapi aku tak berapa nak ada idea nak komen pasal nasib ni sebab dia lebih kurang jek sama dengan rezeki.

3. tapi yang aku tak best nak cakap ni pasal yang no. 3 ni lah. rezeki, nasib semua tu atas usaha, doa, dan tawakkal manusia tu sendiri. tapi ada jugak sesetengah manusia kat muka bumi ni yang hasad dengki dengan rezeki dan nasib orang lain! kenapa? itu yang aku tak berapa nak paham. nak lebih crystal clear lagi pasal benda ni? Selama aku berkecimpung dalam bidang perguruan di private institusi ni, bermacam cabaran dan kerenah manusia yang aku dah lalui. Sesetengah orang akan cakap, 'alaaaa baru berapa tahun...' Ye, memang baru 2 1/2 tahun tapi kalau kau compare kan 2 1/2 tahun aku kerja kat sini dgn orang yang baru kerja 3-5 bulan, memang agak jauh bezanya. nak pulak aku yang dah kerja nak dekat 3 tahun kat sini, dah pening dengan tapuk pemerintahan yang ada, dan sedaya upaya make sure kerja aku tiptop, tak kacau orang, insyaAllah berjaya dunia DAN akhirat, tup tup ada orang yg baru dtg 3 bulan, dpt naik pangkat kemain lagi. memang lah itu kita panggil rezeki, nasib badan dia. TAPI yang aku kira dia hasad dengki tu ialah, selama yang negara kita aman, tempat kerja peaceful tiba-tiba dia naik pangkat dengan penuh keraguan dan jalan pendek, dia buat hidup semua manusia like a living hell. ada jek yang dia nak condemn. yang aku lagi tak beragak nak mengamuk tu yang tukang condemn ni bukan rakyat malaysia. rakyat _________! (sila isi dengan tepat ye). Kemain lagi lah dtg negara orang sebagai tetamu yang mana kita sambut dengan terbuka (open hands) dan senyuman, tetiba baru keje brape bulan mula nak tunjung belang kononnya dia kaum yg paling hebat di muka bumi. segala protokol, sistem, peradaban, rutin harian kita dia nak soalkan. setahu aku lah, bila kita masuk tempat orang kita bwk masuk lah otak, adab, budi bahasa bukan pisau, bukan bangang, bukan sombong. sebabnya, bila kau dah mula hasad dengki dengan tempat kau cari rezeki, dengan orang-orang kami, memang lah takde sape nak kawan dengan kau. kau nak buat baik dengan org yg kau tolong hari ni, bagi kerja, bagi tempat tinggal, visa, etc tapi esok dia tikam kau ckp orang malaysia buat kerja takde sistem, pemalas, dsbg? aku tak hingin. seribu kali tak hingin. ni serius aku nak ckp, kalau kau tak suka dengan negara kami, and if you think that we malaysians are so lazy, why didn't you just stay in your country?


oh lupa, kaum kau sendiri pun kau tikam ye tak? negara sendiri dah kucar-kacir. kalau mcm tu jgn dok bodoh sombong sgt lah kitorang tau asal usul kau mcm mana. lagi satu, we believe in Allah, we love our Rasulullah. takde maknanya nak ikot sesat shiah kau tu.

okay dearies, jom pergi mengajar. ingat, IKHLAS kan jek hati kita. InsyaAllah berkat lah ibadah kita. InsyaAllah..Amin.




















Comments

  1. Aih.Orang dari negara huru hara nak pertikaikan sistem kita? Hahaha.

    Smackdown satu kali!

    Brengset!

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts