Phase yang seterusnya

Ok, maaf post yang terdahulu itu. Aku emo.

Sangat bukan Adeb Mutalib. Sangat tak cool. Aku nak sentiasa rock and roll tak kisah lah sepalat mana diri aku ni diperlaku kan. Ketentuan Tuhan, tak siapa yang boleh jangka kan?

Betol kata semua orang. Jodoh, mati di tangan Tuhan. Aku redha weh, redha. Tapi, aku takkan tarik balik lah apa aku dah cakap or post sebelum ni kan. (hehe)

Dia cakap kat semua orang (kat sana lah. kat kawan-kawan KL, dia tak berani punya) yang aku ok dengan break off ni. So, what else can I say kan? Okay je lah. Tipu kalau aku cakap dalam hati sekarang aku tak marah, aku tak sedih, aku tak benci, SEMUA tu aku rasa at the same time.

Aku sekarang nih, celaru, keliru. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku rindu lagi kat dia. Aku sayang lagi kat dia. Dan sangatlah kelakar yang tiba-tiba aku rasa, aku support decision dia ni. Sebab all this while memang aku sentiasa support dia. Aku dah tengok dah foto teman baru dia. Honestly, aku lega. Muka nampak baik. Perwatakan pun mgkin menarik. Biarlah. Mungkin dia memang perlukan seseorang di sana. Dia manja. Sentiasa perlukan seseorang to look after him so, dari apa yang aku lihat, kawan-kawan teman dia pun, nampaknya chill dengan dia. Lagi nak convinced-kan hati aku yang teman baru dia, orang yang best.

Aku bukan cakap sebab aku hipokrit. Bukan sebab aku nak menagih simpati atau kesian dari siapa-siapa. Tapi sebab aku terlalu mencintai dia. Sebab aku dah bersumpah dengan diriku yang dia lah kekasih ku sampai aku mati. Aku cuma harapkan yang dia tahu, aku kecewa dengan tindakannya, namun aku redha. Itu jek lah pun yang mampu aku lakukan sekarang.

So, Tajuzzaman Kamaruzzaman, ye aku memang menyesal kenal kamu. Tapi, hati aku bukan sepertimu yang boleh tutup dan lupakan begitu sahaja bila sudah penat, bila sudah tidak mahu. Aku tahu siapa aku. Dan kamu juga tahu aku. Aku boleh atasi semua ini.

Setelah aku fikirkan, I want to say thank you to Allah for this test and aku juga berterima kasih pada kamu, sebab kini aku tahu, kini aku sedar, dunia ini memang benar dan setiap manusia di dalamnya tiada mustahil yang jahat. Aku akan cuba sekali lagi untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan untuk kembali tenang dan tidak terluka.

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. bagus2 emo2 tak bagus nanti jadi cam aku =p

    Ujian allah memang susah2, tapi all for the best kan ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts