benda yang sering terjadi walaupun hari raya

Raya-raya jangan marah-marah, Bersabar dengan apa-apa yang datang. Itu lah pun tujuan kita hidup di dunia ni. Bersabar dengan dugaan dan ujian Tuhan yang maha esa. "Kalau pun perasaan marah datang, hadapi dengan tenang". Itu lah yang sering dinasihatkan oleh sesiapa pun. Tapi, semua nasihat tu, sebelum diberikan, haruslah juga dilihat dari perspektif, "cakap senang, buat tengok?" Bukan semua umat manusia kat dunia ni tiada khilaf pasti ada yang akan melatah bila musibah melanda. Sama lah jugak nya dengan aku. Tapi, lepas dah tersedar api kemarahan membuak melampau sangat, istighfar lah bukannya payah pun. Dah penat beristighfar? Manusia bongkak je cakap macam tu. Kalau dah kering air liur sekali pun beristighfar tu, buka account blogger satu. Taipkan apa yang tak puas hati tu. Tapi, dengan syarat, screen test lah dulu content. Jangan lah melibatkan diri dengan isu-isu sensitif perkauman atau keagamaan mahupun fahaman politik. InsyaAllah, hilang rasa amarah.

Kenapa entri semacam ini di hari raya keenam ni dipost? Well, kita manusia memang takkan dapat lari dari melakukan kesilapan. Sekuat mana pun kita cuba untuk tidak tersalah langkah, pasti akan tersasar juga. Lagi satu, kita ni hanya manusia. Walaupun kita lah khalifah Allah yang paling bagus dibanding dengan makhluk yang lain, bukan senang nak memuaskan hati setiap manusia yang lain. Penat sebenarnya kalau nak memuaskan hati orang lain je tapi bukan diri sendiri. Memang selalunya pun kita diajar untuk berbuat baik, layan manusia lain dengan baik, bersopan-santun, berhemah, jaga hati orang dan macam-macam lagi. Tapi, persoalannya, siapa yang menjaga hati kita?

Susahkan nak menjawab soalan tadi. Memang lah muda lagi. Memang lah kehidupan kat dunia ni tak habis diredah lagi nak tahu mana yang baik mana yang tidak untuk kita. Itu lah sebabnnya, kita dijadikan Tuhan hidup didunia ni untuk merasakan setiap yang manis, setiap yang pahit sendiri agar tahu mana yang baik mana yang tidak bukan? Cukup dengan pegangan agama, tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan, InsyaAllah, dengan semua itu sebagai panduan, eloklah acuan. Ada yang tersasar jugak, cepat-cepat mohon keampunan bukan dengan siapa-siapa, tapi dengan Dia.

Jadi, isu tentang nak memuaskan hati semua pihak tak patut timbul kat sini. Puaskan hati sendiri dulu kemudian memuaskan hati orang lain tu akan datang secara naturalnya. Betul kan? Puaskan hati dan diri dengan dekatkan diri pada yang satu tu dulu, baru lah nak cakap atau nak menyuruh orang lain buat perkara yang sama. Pucuk pangkalnya hidup ni, semuanya berasaskan cakap-cakap orang tua, "cakap tu biar serupa bikin (apa yang dibuat)". Sama lah macam nak mendidik anak atau adik atau yang lebih muda tentang bagaimana nak menghormati kita sebagai ibu bapa, kakak, abang atau yang lebih tua. Tunjuk lah tauladan yang kita pun hormat, kita pun mengamalkan nilai-nilai murni tu sebelum nak marah anak/adik/yang lebih muda dengan mengatakan mereka tak tahu hormat kita dan sebagainya.

Macam mana nak expect yang lebih muda tu nak hormat kita, padahal dengan mak ayah kita sendiri pun kita tak cium tangan bila bersalam? Jangan buat-buat terkejut lah kalau suatu hari nanti yang lebih muda tu tanya, "eh, nape pulak salah saya salam macam ni? mak ayah saya tak salam macam tu pun..?"

fikir-fikirkan ye.

Comments

  1. ni diaaaa,blog stalker sudah maaaai~

    asal sunyi jer ek, blog ko sebelakangan ni.

    lepas kena "Boteng Bomb", manakah stalker2 yang lain untuk bagi kommmen ni?? owh betol, busy beraya =D

    ni termasuk crush kau tu ker?
    siot tol, amarah ni, amrah, ahaha~

    lumrah alam kan, perasaan-perassan yang kita alami setiap hari tu adalah bukan saja satu anugerah malah kadang-kadang, seperti suatu sumpahan terhadap kita sebagai cucu cicit adam. =D kekadang, rasa cam nak bomb jer semua benda kan~

    DEBUSH, nah ko amik semua~!
    tapi bawak bersabor yeop, sperti kau kata yang sombong sahaja tak akan sanggup beristighfar bermuhasabah, satu sahaja makhluk allah, yang pernah buat sebegitu dan masih tak tobat2 ahahahaha, nama dia 'pak' Iblis dan umat dia yang masih bongkak hingga ker hari ini =D dia nyer penyelesaian dah silap : " takpa , aku dah silap dah sesat......aku seast kan orang lain pulak...... " punya lah pandai pak iblis, sendiri tak betol, orang lain dia nak kasi 'betol' ish ish buat-buat lah bertobat, muhasabah diri, mungkin di ahir zaman lah pak nyer, Allah SWT sentiasa menerima taubat ^^

    Kerana itu kita sebagai umat-umat adam, yang sentiasa hendak di 'betol' kan oleh pak iblis tu, kena lah muhasabah jugak, kenapa kita sebagai khalifah, bukan syaitan, jin, mahupun malaikat.

    Nescaya kehormatan tu datang nyer dari diri yang beriman dan rendah diri keatas keesaan Allah SWT, dalam kebongkak kan, kita hilang hormat, bukan sahaja pada orang lain, malah diri sendiri, dan paling penting kepada Allah SWT yang telah memberi kan kita setinggi2 kehormatan menjadikan kita yang dari tanah ini, sebagai khalifah kepada mahkluk-mahkluk yang dari jasad nyer lagi mengkagumkan, tapi dari segi emosi mereka , mungkin kurang kawalan. Jangan lah kita mengikut sangat perassan, kan jadi macam pak iblis tu, hanh kan tak ker susah.

    renung-renung kan lah yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts