mode: serius

Hati gugup,
lidah kelu,
otak beku,
jiwa celaru.

Kau datang, kau pergi.

Sunyi.

Kau datang, kau pergi lagi.

Jiwa resah, gelisah.
Dalam ingatan disini, kau begini.
Dalam kekacauan, pengaruh syaitan, kau begitu.

Beda.

Yang mana satu? Bolak balik,
kepakaranmu?
Tak mahu seperti pisang berbuah dua kali.

Aku kini berpegang pada Marxist; pengalaman menentukan kesedaran.
Seharusnya aku sentiasa sedar
di mana tempatku, bagaimana rasa dihatiku,
siapa sebenarnya kamu, mahu apamu dari aku
supaya luka lalu tak kembali lagi.

Kau datang, kau pergi lagi.

Istikharah jalan penyelesaian yang afdhal.

Tapi aku berdoa, semoga kau yang punya agama,
adab keluarga, tradisi yang tidak berbeda,
menjadi jawapanku nanti.

InsyaAllah.

Comments

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts