sharing is caring, betul?

"biar mati anak, jangan mati adat"

memang kejam statement ni kalau yang baca budak-budak berumur 12 tahun ke bawah. kenapa pulak mak bapak aku sanggup biar aku mati sebab adat? tapi tak menghairankan lah kalau ada orang tua bangka by the age of 69 pun still ingat biarkan anak mati tapi adat pepatih mesti diperlihara jugak.

come on people, this is not mogobja in Looking for a rain God, sacrificing budak kecil semata-mata rasa bersalah pada tuhan hujan tak turunkan hujan selama bertahun-tahun. statement ringkas dan padat ni cuma misalan dari orang tua zaman dulu-dulu. tujuannya nak mengingatkan kita, setinggi mana pun pencapaian kita, sepopular mana pun kedudukan kita, jangan cepat dilupa adat dan budaya kita.

bukan lah aku nak suruh kau orang sibuk fikirkan budaya tipikal melayu, bergosip, mengata, pandang rendah pada yang hina tu, tapi budaya kita, adab, sopan-santun, hormat orang tua, cara pertuturan, itu budaya kita.

dalam perkahwinan, majlis nak bertunang, berkawan, dengan majikan, dengan ibu bapa, kadang-kadang dalam sembahyang yang lima tu pun kena ada adab dan adat nya kan? itu jek sebab ada statement ni kat dalam konteks bahasa melayu. takde kena mengena pun dengan nak membunuh atau membiarkan anak tu mati hanya kerana nak menjaga adat dan tradisi.

huraian yang paling ringkasnya ialah, kata lah kalau si anak tu mendatangkan mudarat pada kita sebab cintakan sangat kekasihnya tapi kekasihnya tu, tak mahu peluk Islam atau perangainya mendatangkan lebih mudarat kepada keluarga, haruslah si ibu dan ayah, memutuskan perhubungan tersebut tidak kira lah betapa sakitnya hati si anak yang mungkin boleh mendatangkan keinginan untuk membunuh diri. tapi, semua tu, insyaAllah, boleh diperbaiki tapi adab, adat resam, kejadian yang tidak akan mengaibkan keluarga kita, harus lah diutamakan.

wallahualam.

kalau salah, tolong betulkan k?

ps. rasa macam poyo ubi dan ayam.

Comments

  1. mat jan (blog jongkang jongket) dah pernah tulis pasal ni.

    pendapat korang sama, tapi argument dia lain sikit. basically, adat=undang-undang. contohnya, adat temenggong & adat perpatih.

    you can read it here;

    http://www.kroni.biz/jj/2003/08/anak-adat-aku-terbaca-perbincangan-ini.html

    ReplyDelete
  2. wah! thank you so much gerry.

    ReplyDelete
  3. Kau memang lauk sup pon , gila ubi kentang ayam berempah.

    Yep, astute observation and fine statement on this often discussed issue.

    owh and "thank youuu geeryyyy~"

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts