Entri bosan hari khamis.

Setiap kali aku masuk akaun e-mail, akan ada job advertisement baru yang menarik tapi aku hanya mampu berangan apply kerja-kerja tu semua. Kenapa?

Antara sebab-sebabnya termasuklah kerana tiada konfiden yang tinggi untuk meng-apply kerja-kerja itu dan juga disebabkan faktor lokasi tempat kerja yang jauh dari tempat yang sudah dikategorikan sebagai comfort-zone kami (aku dengan siapa lagi lah kan, future-husband). Sekarang ni, memang haruslah memikirkan yang lagi seorang tu kalau tak, macam mana nak pergi kerja, nak kena pindah cari rumah lain ke? Macam-macam perkara lah yang harus difikirkan.

Nak pulak tinggal lagi sebulan nak naik atas stage, memang lah lagi malas berbakul-bakul nak fikir pasal nak tukar kerja. Tapi, kalau tak fikir pun tak boleh juga. Sampai bila nak makan gaji kat sini? Tempatnya tidak lah teruk sangat tapi kena jugak lah carik a better place with a better pay. Ye dok?

Bukan setakat better pay sahaja, nak jugak lah cari tempat kerja yang ada menyediakan kemudahan hospital untuk bersalin kelak (insyaAllah kalau ada rezeki nanti), medical benefits yang lain, pencen ke, apa ke... Takkan lah sampai bila-bila pun kena bayar medical fees yang tinggi melambung dengan gaji yang kecil ni kan?

Yang mampu aku lakukan for the time being ni ialah, berserah kepada Tuhan. Semoga pernikahan nanti, membuahkan lebih kurniaan dari-Nya. Semoga jugak Ya Rabb akan membuka luas pintu rezeki kami dan perjalanan kami bakal suami dan isteri menuju ke arah Jannah, dan membina keluarga yang harmoni pun smooth. InsyaAllah... 

So, wahai anakku, yang bakal membaca blog mommy ni, ketahuilah sesuatu yang we're looking forward to see you and we will make sure that you'll get the best education (duniawi dan akhirat, insyaAllah), health, love and care from both of us. InsyaAllah. 

12 May, here we come! 

Comments

Popular Posts