kedengaran dan kelihatan agak tipu dan bongok

Tadi siang aku baca surat khabar di ruangan hiburan dan agak tidak keterlaluan kalau aku cakap, bahan bacaan itu sangat munafik dan sangat memperbodoh-bodohkan manusia yang percaya setelah membacanya.

Sebuah band musik tanah air yang tiba-tiba dikaitkan dengan drugs yang jugak tiba-tiba melatah nak jadik menggelabah ayam taknak mengaku. Ok fine taknak mengaku walaupun orang lain boleh agak dan macam manager korang macam pernah mengaku jek pasal ni tapi tak payah kot nak buat lagi kebodohan yang super duper hanjing dengan buat mini showcase nak mendekatkan diri dengan peminat yang tak berapa nak ada tu dan membuat sesi pengakuan berani tapi bangsat dengan mengatakan korang tak ambil drugs.

Lagi bangsat nya bila di atas backround pentas korang tampal kan A4 paper yang ber-print setanbara (bukan name sebenar) anti-dadah! sila lihat gambar di bawah:



Yang aku tak berapa nak paham dengan konsep mini showcase yang pelik ni ialah acara menggunting rambot. Kononnya dari artikel akhbar yang aku baca tu, ahli-ahli band (band members) nekad digunting rambot mereka oleh penggunting rambot atau peminat-peminat mereka sendiri (aku pon tak berape pasti) demi membuktikan bahawa mereka tidak menyalahgunakan dadah.

Okay, disini ada sedikit kekeliruan dalam kepala hotak aku. apakah signifikasinya engkau menggunting rambot dengan membuktikan kau tuh tak amek dadah?

ohh...kalau macam tuh, pembunuh kat negara ni nak buktikan yang dia tak bunuh orang dengan membotakkan kepalanya sampai licin atau pun perogol yang mahu membuktikan dia tidak merogol dengan memotong kukunya yang dah disimpan seabad lamanya? begitu?

Kalau macam peristiwa politik yang si-manusia-di-sodom mengangkat Al-Quran bersumpah dia disodom itu mungkin agak keterlaluan tapi boleh jugak la diterima kerana ada signifikasinya daripada stail korang nih. (amaran ye tuan-puan ini hanya contoh)

Yang lebih funnay ialah penulis artikel menyokong band tersebut dengan melampirkan juga kenyataan seperti:

&^(@#(@) juga terlibat dengan perniagaan lain seperti menternak kambing, ikan air tawar dan mengusahakan chalet.

Kenyataan ini pula aku cuba simpulkan, ohh kalau orang itu berjaya, ternak kambing, ikan air tawar dan ada usahakan chalet, itu bermakna dia atau mereka tidak sama sekali mengambil atau menyalahgunakan dadah?

Semua orang pasti tahu selalunya ini semua cover-up. Geng-geng mafia Itali, Yakuza Jepun, Taiko Hong Kong dan rata-rata drug dealers ada perniagaan cover-up. Jadi setakat band musik tanahair yang tak berapa nak hebat macam yang aku sebutkan tadi ni takkan la tak terpikir nak buat benda yang sama ye tak?

Aku bukan nak menuduh, menuding jari pada sesiapa. Aku jugak bukan berniat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Ini blog aku dan aku terasa nak meluahkan apa yang aku fikir dan rasa patot aku luahkan dan berkongsi dengan kawan-kawan dan orang lain (itupun kalau ada yang baca).

Lantak la kalau ada fan kumpulan musik tu yang terbaca, aku mintak ampun mintak maaf tapi sebelum nak memuji-muja sekali pun, tak payah kot sampai nak termakan tipu daya dan muslihat orang-orang hipokrit macam tu.

Aku bukan nak suruh mereka (band tadi) berbangga yang mereka menyalahgunakan drugs tapi apa salahnya mengaku kesilapan sendiri dan tidak berlaku hipokrit. Kan?

Mungkin aku yang tersalah tafsir tujuan mereka atau mungkin aku memang tak paham konsep mereka atau mungkin mereka memang hipokrit?

Nenek aku cakap, "Musang berbulu ayam!"

Apa agaknya komen yang lain?

p.s. dah rase mcm gossip girl malaysia plak aku. huhu. --- abaikan.

Comments

  1. wahahaha..panas2!!! um...yer la..tol gak ko ckp tuh...artis2 mesia la yg ramai amek drugs..

    tknk ngaku sbb tkot kot? tkot aper? aku pon tktaw....tol gak, if berjaya mana org tuh pon, tk sememstinye dia clean dr drugs...

    all da datins, datuks, tan sri..ramai je kaki dadah n minum kan?

    so.........hmmmmm

    ReplyDelete
  2. haha kelakar

    band jinbara ke apa?

    ReplyDelete
  3. ayien: hehe tau takpe!

    anonymous: kau rase?

    ills: huhu~

    ReplyDelete
  4. gila ah.macam segmen terjah macam dalam melodi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts