perhatian!

buat penumpang tegar kenderaan awam (elarti/iarel/repitkeyel/teksih/dsb),

sila ikuti panduan dibawah untuk keselesaan bersama (terutama orang lain dan bukan diri kau orang yang bengap tu):

  1. biar orang dari dalam keluar dulu SEBELUM menaiki kenderaan
  2. jangan berdiri/duduk/mencangkung/meniarap/atau yang seangkatan dengannya di hadapan pintu keluar/masuk kenderaan kerana ada BANYAK lagi ruang di tengah kenderaan
  3. kalau pun nak berdiri betul-betul dihadapan pintu, ketahui lah satu perkara, kalau ditolak/ditengking/diherdik/dipijak kaki, terima lah seadanya sebab itu memang salah anda
  4. jangan melawan atau memekak atau mengerang kesakitan apabila no. 3 terjadi pada anda
  5. jangan pura-pura tidur atau buta atau tidak nampak bila ada wanita mengandung/OKU/orang tua yang memerlukan tempat duduk
  6. sama seperti no. 3, kalau pura-pura untuk no. 5 terjadi, bersiap sedia lah untuk di pandang hina atau di tegur dengan tajam oleh orang-orang yang membenci anda
  7. kalau no. 6 terjadi, sila ulang no. 4
  8. jangan berborak di dalam kenderaan seperti kompeni kenderaan awam itu, bapak anda yang punya
  9. sama juga seperti no. 8 jangan tidur berdengkur/hembus hingus/muntah/kencing/sendawa/merengus seperti kenderaan awam itu kompeni bapak anda
  10. jangan cuba-cuba bertindak sumbang di hadapan pakcik/makcik/atok/nenek lagi-lagi kalau anda orang melayu tulen sebab ia kelihatan seperti anda haiwan yang sangat gersang
  11. jangan berpeluh yang berlebihan sehingga berbau busuk yang meloyakan sehingga semua penumpang yang lain boleh kena sawan
  12. jangan makan sate, nasik lemak, stimbot, nasik goreng pattaya, atau yang seangkatan dengannya dalam kenderaan awam
  13. setelah keluar dari kenderaan awam, sila berdiri di bahagian kiri (tangga bergerak) untuk mengelakkan diri yang besar seperti hippo dari menghalang laluan orang yang nak cepat
  14. jangan turun tangga 1km/j seawal 7.30 pagi kerana ada penumpang yang harus naik kenderaan awam lain untuk ke tempat kerja
  15. jangan jadi manusia sampah yang membolehkan diri anda di maki dan di cemuh secara diam/terang-terangan

sekian.

penumpang tegar kenderaan awam.

ps. ini memang ada kaitan dengan yang masih hidup dan sebahagian dari hidup saya, penumpang tegar kenderaan awam yang penyabar dengan KLites, dan penumpang yang lain.

gua rocker beb.

Comments

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts