mengomel tu comel

Everytime aku rasa macam nak mengomel tentang sesuatu, aku load page blogger ni tapi baru sebaris dua ayat, aku kena mental-blockage. Even sekarang pun aku rasa ada blockage tu tapi aku merepek jek sampai lah ada idea yang aku boleh bebelkan.

There are probably some people who think that "kenapa nak kena bebel jugak kalau takde idea?" atau, "ish. whatever. poyo gila sampai pasal takde idea pon nak kena tulis". There's a significant reason why aku berblogging ni. Selain daripada memang aku "talented" nak berblogging, aku ni lah seorang manusia paling biasa...atau manusia biasa yang memerlukan medium untuk aku meluahkan rasa ke-anger-an atau ke-sad-an aku sebab aku bukan the kind of person yang suka suki suka hati nak marah-marah atau nangis-nangis kat orang. (Well, sometimes ada la jugak)

Bottom line is, if I don't write in my blog, aku boleh kena sawan.

So, entri kali ni aku nak sum up the whole week in LUCT a.k.a tempat kerja paling hardcore yang pernah one person works in.

(Jom tulih in point form jek lah k? mood tak berapa nak ngam)

  1. finally settling in Putrajaya bit by bit.
  2. dah rasa emotionally stable although at times aku still tersampuk tapi anger management dah improving. dah kurang cursing and blabbing like an angry baboon.
  3. sekarang most of the classes tengah "busy" exam dan presentation and basically we are heading towards the end of the semester and aku sangat lah berharap yang semester break ni aku tak banyak kerja sangat and I know that's too good to be true.
  4. walaupun anger management dah okay compare to last year, ada jugak some of the things yang aku rasa memang tangkap layan untuk aku rasa keji dan bengangkan seperti kebodohan sesetengah pihak yang tak perlu disebut-namanya yang sering kali menyusahkan hidup aku; be it lah kat office ke kat memana ke.
  5. disebabkan aku dah makin gemuk, setiap hari selasa dan khamis ku, petang harinya dipenuhi dengan riadah dan senaman bagi menguruskan badan dan yang paling penting - punkoq aku.
  6. So far, berat aku baru turun 3.5kg so takde apa yang perlu dibanggakan as compared to time aku hati koyak dulu; 10-12 kg! Yes, I miss ONLY that part.
  7. aku jugak telah berjaya melakukan suatu jenis senaman yang aku tak pernah terpikir aku boleh buat - Yoga; yang di mana pada hari khamis (semalam) aku touch lantai in such a weird way with my two feet yang melangkaui kepala aku.
    ni contoh style yang aku berjaya buat dan bukan lah aku. gambo nih aku cilok kat sini.

  8. ada beberapa students aku yang ada potensi nak jadi manusia unggul di kalangan masyarakat kita yang aku telah dapat cungkil bakat mereka selama beberapa minggu masuk kelas ajar ni. dan aku rasa bangga.
  9. tak ketinggalan juga dengan segelintir makhluk hampeh lagi hanjeng yang rasa dia paling bagus kat dunia ni dan orang lain hanya di aras lutut ke bawah yang di mana kalau tegur untuk kebaikan pun dia nak tarik muka atau tak mahu terima - oogli truth.
  10. aku rasa dah 65% kurang kepandaian aku sejak berhenti belajar ni dan aku bakal jadi manusia ber-IQ rendah tak lama lagi.
  11. pemarkahan dan penilaian untuk assignments masih di tangga paling bawah sebab hantu rajin aku dipinjam oleh seseorang dan aku takleh call dia untuk datang for the time being.
  12. and last but not least, aku rasa manusia yang aku pernah tak suka dulu sangat meng-turn-me-on sekarang dan aku rasa sangat segan disebabkan fakta ini.
Tu dia 12 recent updates tentang Siti Adeb, rokes paling ulung pada tahun 2011.

Sampai jumpa lagi yu ols.

Comments

Popular Posts