ape yang kau tengok?

Entri ini adalah susulan daripada entri blogger terkenal tanah air, magenta - Janggal Bila Dengan Orang Yang Suka Puji Diri Sendiri.

Aku bukan nak menentang atau menegakkan mane-mane benang yang basah cuma aku nak kaitkan dengan kehidupan aku sebagai seorang perempuan yang sering dilihat para mata yang memandang.
Bukan lah tujuan aku juga untuk menyatakan yang aku ini cantik walaupun memang benar! (ehe)
Yang aku tak boleh terima hakikat ialah aku seseorang yang memakai tudung, walaupun kadang-kadang aku berperangai liar aku agak seganlah nak pakai tudung so, itu lain lah cerita!
Pemakaian aku juga tidaklah begitu mencolok/menjolok mate kerana aku tidak mempunyai bentuk badan yang menggiurkan atau memberahikan cuma sebidang badan yang panjang dan lemak yang berlebihan.
Secara kesimpulannya ialah apabila aku keluar berjalan dengan teman-teman wanita aku atau pun berjalan kaki seorang diri, ada jek mate-mate yang memandang! Aku agak rimas dan tidak keterlaluan untuk aku katekan, aku rase jengkel dengan pandangan mate mereka itu!

Dah apehal?! Tak penah tengok pompuan ke hape?!


Atau? Adakah aku tak pakai seluar? Ada benda asing ke kat muka aku? Aku jadi tak keruan. Jadi selalunya aku akan tanya kawan-kawan aku,

Ada ape-ape ke kat muka aku? ape yang tak kene? nape orang asek tgk aku?

Jadi, tujuan aku menyatakan kenyataan: nape orang asek tgk aku? bukanlah kerana aku suka puji diri aku tetapi aku jadik serba tak kene kalau ade yang memandang.

Persoalannya disini, adakah aku PERASAN?

aku harap tidak. maaf semua kalau ade yang aku terucap sesuatu hingga membuat kamu mual menyangka aku perasan cantek.


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hehe.
    aku pon ada baca post yang itu.aku terperasan sendiri jugak:D

    takpe.
    jangan kita kisah orang lain lain yang tak hot.
    janji kita hot kan adeb kan?

    ReplyDelete
  3. aha! kte mmg hot la nyah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your thoughts here:

Popular Posts